Blogger Template by Blogcrowds

Kertas kerja : 09sp004 shaikh sharul

1.0 PENDAHULUAN

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين.

Syukur dengan izin Allah s.w.t. jua Brunei Darussalam menjadi satu Negara yang aman makmur dan damai semenjak pemerintahan yang berdaulat daripada Sultan-sultan yang terdahulu lagi. Dari pemerintahan Sultan yang pertama iaitu Sultan Muhammad Shah sehinggalah pada masa ini pemerintahan Sultan Hj Hassanal Bolkiah Brunei terkenal dengan pegangan islam yang sangat kuat. Negara Brunei Darussalam sangat terkenal dangan kekuatan falsafah Negara oleh seluruh dunia. Berlandaskan falsafah Negara iaitu konsep MIB “Melayu Islam Beraja”. Kemakmuran rakyat, serta kesejahteraan seluruh pendudukannya sangat menjamin perpaduan dan keamanan dengan pimpinan di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin waddaulah. Dengan konsep MIB ini jua Negara Brunei dapat membangun dengan masyarakat yang sihat dengan membekalkan keislaman yang murni. Walaupun terdapat beberapa puak dan juga rakyat yang bukan beragama Islam, namun atas kesetian mereka pada Sultan dan Negara, ianya tetap mendapat kesepaduan. Ini semua atas di bawah kebijaksanaan pemerintahan Sultan yang mentadbir.

‘Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah Kurnia Allah Subhanahu Wata’ala, akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam.’ Menurut Ahli Sunnah Waljamaah……”

Petikan titah Pemashuran kemerdekaaan Negara Brunei Darussalam

Di dalam kertas kerja saya ini, saya akan menerangkan dengan lebih teliti mengenai puak-puak brunei yang ada dan bagaimana berkesepaduan itu boleh timbul didalam kehidupan masyarakat brunei. saya juga akan menerangkan serba sedikit konsep MIB dan bagaimana konsep MIB itu ddapat membantu dalam keharmonian kehidupan diantara puak-puak Brunei.

2.0 DEFINASI MIB SECARA RINGKAS

Konsep MIB bukan lah suatu konsep yang sengaja di reka-reka atau di tiru-tiru oleh mana-mana konsep falsafah yang ada di negara-negara lain. Konsep ini telah sekian lama wujud.dan ianya diterima dan juga diamalkan sejak abad ke -15 masehi di Negara Brunei Darussalam.

Sejarah telah membuktikan bahawa Melayu Islam Beraja telah wujud sejak Sultan Muhammad I sebagai Sultan Islam yang pertama (1363-1402) dan semakin teguh semasa pemerintahan Sultan Hassan (1582-1598). Kewujudan ini lebih diperkuatkan lagi oleh adanya catatan mengenai Melayu Islam Beraja di dalam Perlembagaan Brunei 1959 pada 29 September 1959 secara rasmi.

Falsafah Negara ini telah di huraikan oleh Kebawah Duli Yang Maha MUlia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam:

“…Dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja, terdapat unsure-unsur atau nilai-nilai yang positif untuk ketahanan Negara, umpamanyadari Melayu itu, ialah bahasanya. Siapapun tak boleh menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling elektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identity. Demikian juga Islam, ialah ugama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira apa jua ugama, suku kaum dan keturunan. Pendeknya ugama Islam adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa perlu takut atau ragu mengenainya. Sementara perkataan Beraja pula adalah menunjukkan kepada kerajaanyang bersultan atau Beraja yang sudah wujud dan menjadi warisan zaman semenjak dari beberapa abad lagi.”[1]

2.1 TUJUAN MIB SEBAGAI FALSAFAH NEGARA

Tujuan-tujuan MIB dijadikan sebagai falsafah Negara dapat di huaraikan sebagai berikut:

1. Memberikan satu kesatuan pefahaman mengenai asas pandangan hidup dan cara hidup berbangsa dan bernegara.

2. Sebagai sumber rujukan dan landasan yang ideal dalam membentuk masyarakat sejahtera melalui sistem pentadbiran dan pembangunan yang teratur.

3. Sebagai asas kepada semua aktiviti yang menyentuh tentang kepentingan bangsa dan Negara seperti ugama, bahasa, budayam sistem pemerintahan dan pembangunan.

4. Sebagai norma dan cara hidup keBruneian.

5. Menjadi asas dan panduan utama dalam pembentukan peribadi, perwatakan serta identiti Melayu dan dijadikan asas perpaduan bangsa seperti pandangan cara berfikir, bertindak, pendidikan dan suasana sekeliling pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

3.0 PUAK-PUAK BRUNEI

Mengikut dari Lembaga perlambangan Brunei hanya terdapat 7 puak brunei saja yang sah rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan Brunei di anggap puak jati Brunei yang asli iaitu:

1. Melayu Brunei

2. Kedayan

3. Tutong

4. Dusun

5. Belait

6. Murut

7. Bisaya

Walaupun begitu terdapat beberapa puak yang sudah lama menetap di Negara Brunei tapi masih belum di masukkan kedalam puak-puak yang di iktiraf sebagai puak jati Brunei iaitu Puak Iban dan kaum Cina. Puak iban sudahpun menetap di Negara ini semenjak kurun ke -14 masehi lagi.

4.0 PUAK MELAYU

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai batang hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.[2]

4.1 ASAL USUL PUAK MELAYU

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

· Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)

· Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

  1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
  3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia[3] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan.

Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

4.2 ORANG NEGRITO

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

4.3 MELAYU PROTO

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

4.4 MELAYU DEUTRO

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

5.0 PENGENALAN PUAK-PUAK BRUNEI

5.1 MELAYU BRUNEI

Puak Melayu Brunei jati pada mulanya menetap di kawasan perairan pantai berhampitan dengan laut. Rumah kediaman mereka yang diperbuat dengan kayu-kayan dibina di atas air. Kerana itu kita masih boleh melihat sehingga sekarang kesan saki baki yang masih ada iaitu kampong ayer atau di istilahkan kampong di atas air sungai. Kegiatan utama mereka ialah sebagai pelaut dan nelayan. Puak Melayu brunei juga terkenal dengan berbagai-bagai seni pertukangan tangan seperti pertukangan emas, perak, tembaga, besi dan perusahaan tenunan kain songket yang bernama Jong Sarat. Tetapi pada masa ini, oleh sebab peredaran masa, mereka telah bercampur dengan puak-puak lain yang ada, ini adalah disebabkan oleh perkahwinan, perkerjaan, perpindahan dan rancangan perumahab kerajaan.

5.2 PUAK KEDAYAN

Terdapat banyak pendapat yang mengatakan asal usul puak kedayan ini. di antaranya:

§ Berasal dari jawa kerana di datangkan oleh Sultan Bokiah iaitu Sultan Brunei yang ke-5

§ Puak kedayan adalah keturunan Hamba Raja

§ Berasal dari Serawak

§ Berketurunan Panglima Raja

Puak ini mempuanyai ikatan yang sangat rapat dengan puak Melayu Brunei kerana adanya simbiosis ekonomi, perpaduan, bahasa yang mempunyai persamaan dan agama yang sama menyebabkan ikatan kedua pihak ini amat rapat.

5.3 PUAK TUTONG

Puak tutong adalah salah sebuah puak jati Brunei yang mendiami sebahagian besar kawasan di daerah Tutong. Identitinya dapat dilihat pada bahasanya yang disebut bahasa Tutong dan mereka beranut ugama Islam. Keunikan puak ini ialah pada bahasanya yang dituturkan oleh orang-orang Tutong yang mempunyai latar belakang keturunan yang berbeza. Kajian awal mengenai kewujudan puak ini berdasarkan dari dua sumber yang penting iaitu tradisi lisan orang-orang Melanau Mukah dan didalam Syair Awang Semaun.

Satu perkara yang perlu diketahui mengenai puak ini ialah tentang asal usul nama tutong ini. Terdapat banyak cerita mengenai asal usul nama puak Tutong ini. Di antaranya yang termasyhur ceritanya ialah mereka mengatakan bahawa nama Tutong berasal dari nama seorang puak Murut yang banyak membantu orang-orang yang tinggal di Kampong Lurah Saban dari gangguan ayau(pemburu kepala) yang dilakukan oleh orang-orang Kayan. Megenangkan jasa orang Murut yang bernama Tutong itu akhirnya tempat tinggalnya berhamiran dengan sungaiitu maka iapun diberi nama Sungai Tutong. Di sungai itulah timbulnya asal gelaran Tutong dan juga menjadi perkampungan terawal puak Tutong.[4]

5.4 PUAK DUSUN

Menurut setengah ahli sejarah kaji manusia, ppuak dusun ini berasal dari keturunan bangsa Cina sebab memandangkan kepada asas persamaan antara bangsa cina dan puak Dusun ini terutama daridapa segi warna kulit, bentuk mata, ukuran badan dan lain-lain sifat. Berpandukan kepada cerita daripada orang-orang lama, puak dusun ini berasal daripada satu keturunan yang sama, kemudian berpecah-pecah mencari penghidupan masing-masing di mana juga tempat yang difikirkan sesuai oleh mereka. Mereka digelar ‘Dusun’ bersesuaian dengan kegiatan mereka yang utama iaitu mereka mengusahakan dusun buah-buahan. Mereka juga bergiat dalam pertanian pindah randah, berkebun sayur, menoreh getah, berternak lembu, kerbau ayam dan itik. Ramai diantara mereka masih lagi berpegang dengan kepercayan ‘animisme’ yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka. Tetapi Alhamdulliah semakin hari semakin bertambah bilangan mereka yang telah memeluk agama Islam.

5.5 PUAK BELAIT

Puak belait selalu dikaitkan dengan Sungai Belait dan penempatan mereka terdapat di Kampong Kuala Balai, kampong Mumong iaitu di Mukin labi, Kampong Rampayoh di ulu Belait dan di Kampong Mungkom di Mukim Kiudang, Tutong. Pekerjaan utama mereka ialah bersawah padi dan membuat sagu dan kebanyakan mereka beragama Islam.

5.6 PUAK MURUT

Puak Murut ialah satu puak yang kecil dan tertutup. ‘Lun Bawang’ adalah nama bagi puak jati Murut ataupun nama asal bagi orang-orang Murut. Perkataan Murut berasal daripada perkataan Bajau ‘Belud’ yang bermakna ‘bukit’ dalam bahasa Melayu. Perkerjaan orang-orang murut pada masa dulu kebanyakan bertanam padi dan mereka suka berpindah randah bagi mencari tempat-tempat yang sesuai bagi bertani. Maka tidak hairanlah jika pada masa ini terdapat puak Murut yang berada di kampong-kampong yang berbeza-beza tempat. Kebanyakan mereka pada masa dulu menganut ugama Kristian iaitu Protestant. Selain ugama Kristian terdapat juga yang menganut kefahaman ‘free thinker’. Ini kebanyakan dianuti oleh orang-orang muda Murut.

5.7PUAK BISAYA

Perkataan nama Bisaya ini tidak dapat dipastikan dengan tepat namun begitu terdapat berbagai-bagi teori yang mengatakan tentang kewujudan perkataan ini oleh beberapa sarjana. Di antara pendapat yang pernah dikemukakan ialah oleh Dr.H. Otley Beyer pada tahun 1926 mengatakan bahawa Bisaya itu adalah dari empayar Sri Vijaya.

Selain itu terdapat juga dikalangan puak Bisaya satu lagenda yang dicatakan oleh Derek Headly tentang asal perkataan bisaya iaitu dari ‘bisai-yah’. Menurutnya lagi perkatan ini diucapkan oleh Sultan Brunei ketika baginda berkunjung tempat tinggal orang-orang bisaya yang mengikut pandangan baginda tempat mereka itu berkeadaan sungguh cantik lalu timbullah perkataan ini. kebanyakan puak Bisaya ini menetap di kampong bebuloh dan di kampong Mitos. Tetapi pada masa sekarang mereka ini sangat sukar dijumpai kerana kebanyakkan mereka telah menyerap masuk ke dalam masyarakat Dusun.

6.0 PERMASALAHAN PERPADUAN DALAM PUAK-PUAK BRUNEI

Di dalam kehidupan puak-puak Brunei ini mempunyai terdapat banyak perbezaan cara kehidupan. Samada dari segi bahasa, adat resam dan kepercayaan agama. Oleh kerana kebijaksanaan Pemerintahan Beraja maka kehidupan puak-puak ini dapat bersatu dari timbulnya perselisiahan perkauman walaupun terdapat beberapa sedikit permasalan kecil yang timbul.

Diantara masalah-masalah yang ada pada zaman era ini diantaranya ialah:

1. Kurangnya berkesepaduan diantara puak-puak brunei yang ada.

2. Kurang mengenali siapa atau dari mana asal usulnya puak-puak brunei itu.

3. Memang tidak dinafikan sikap bergotong royong dapat membawa kesepaduan antara puak-puak Brunei namun pada masa sekarang, orang kita sendiri lebih mudah dengan mengambil langkah mengupah pekerja-pekerja asing membuat perkerjaan.

4. Masalah ekonomi kewangan juga membabitkan masalah perpaduan.

5. Negara-negara Barat banyak mempengaruhi pemikiran belia-belia puak Brunei.

6. Ibubapa sepatutnya menjadikan dirinya ‘role model’ bagi anak-anaknya mengenai kepentingan puak Brunei selain pembelajaran di Sekolah.

7. Isu-isu perkahwinan secara adat resam kebruneian semakin berkurangan.

Daripada skop-skop yang ada diatas banyak terdapat masalah-masalah yang boleh menimbulkan perpaduan bangsa puak-puak brunei itu semakin hari semakin dihakis dan tidak mustahil lama-kelamaan adat warisan puak-puak Brunei ini hanya meninggalkan nama saja dan tidak dihiraukan oleh masyarakat Brunei yang ada pada masa akan datang. Diantara masalah yang paling ketara kalau kita bandingkan dengan pada masa dahulu ialah masalah dalam konsep adat perkahwinan.

Adat perkahwinan ini mempunyai banyak corak kebaikan yang boleh diambil kira sebagai suatu perpaduan seperti keharmonian kekeluargaan, kejiranan, perkauman, tolong menolong dan bergotong royong dalam perlaksanaannya. Tetapi kebanyakkan pada masa ini keharmonian konsep perkahwinan semakin lama semakin hilang ditelan zaman. Ini mengikut pandangan saya, kalau dulu sebelum majlis perkahwinan semua sanak saudara, sahabat handai akan datang membantu dalam memeriahkan suasana perkahwianan. Seperti contoh masak-memasak, pihak lelaki mahupun perempuan akan bertungkus lumus sambil berkerjasama dalam menyediakan sajian makanan bagi majlis perkahwinan tersebut. Tetapi jika dibandingkan pada zaman sekarang, oleh kerana terdapat banyak kemudahan yang ada, pihak keluarga pengantin lebih suka membuat tempahan katering bagi permakanan. Alasan nya mugkin ialah tidak mahu menyusahkan pihak keluarga yang lain. Ini juga tertakluk kepada kemampuan keluarga pengantin itu sendiri . Oleh kerana atas alasan yang sedemikian maka orang-orang kita, lebih suka duduk dirumah sahaja sambil menunggu tarikh acara hari perkahwinan tiba. Dan disebabkan oleh perkara itu keharmonian dari segi perpaduan semakin lama semakin berkurangan.

Satu faktor yang penting dalam permasalahan perpaduan ini juga ialah dari segi faktor kewangan. Sebenarnya masalah ini timbul adalah dari faktor dalaman masyarakat puak itu sendiri. Sebagai contoh yang mungkin berlaku seperti, ada sesuatu perbadanan memerlukan sukarelawan dalam mengadakan suatu acara bergotong royong dalam membuat kebersihan di suatu kawasan yang berloggokan sampah. Besar kemungkinan masyarakat puak-puak kita tidak banyak yang akan mengambil bahagian dalam acara tersebut. Kemugkinan alasan mereka lebih baik menyuruh pihak Jabatan Bandaran membersihkan atau mengupah pekerja-perkerja asing dalam membuat pembersihan itu. Ini berlainan halnya pula jika mereka dibayar dengan gaji yang berpatutan walaupun pada asalnya ianya adalah acara bergotong-royong demi untuk menjaga kebersihan dan juga membina jiwa kemasyarakatan.

7.0 LANGKAH –LANGKAH YANG PATUT DILAKSANAKAN

7.1 Tanggungjawab kepada Negara Brunei Darussalam

Tanggungjawab kepada Negara dan pemerintahannya merupakan satu tanggungjawab yang sangat luas diantaranya seperti:

I. Taat setia kepada raja atau Sultan.

II. Menghormati dan mematuhi Perlembangan dan Undang-undang Negara

III. Mengiktiraf dan menghormati bangsa Melayu, bahasa melayu dan Ugama Islam.

IV. Mendukung falsafah Melayu islam Beraja.

V. Mendukung matlamat dan aspirasi Negara.

VI. Meweujudkan perasaan setia pada Negara

7.2 Tanggungjawab kepada Masyarakat

Diantara peranan wajib dipikul yang di maksudkan tentang tanggungjawab kepada masyarakat ialah:

1. Mengiktiraf, menghormati dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin masyarakat stempat seperti ketua kampong dan penghulu-penghulu.

2. Melibatkan diri dalam kegiatan badan kebajikan dan persatuan setempat.

3. Melibatkan diri kepada majlis suka duka masyarakat seperti majlis perkahwinan, kematian dan seumpamanya.

4. Memberikan pemedulian dan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, cacat dan sebagainya.

5. Memberikan kerjasama pada menjaga kesejahteraan kebajikan kampong seperti memucang-mucang dan seumpamanya.

7.3 Tanggungjawab Kepada Keluarga

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap keluarga seharusnya melahirkan ahli keluarga dan keturunan yang sempurna yangt akan menjadi asset berharga kepada bangsa dan Negara seperti:

1. Ahli keluarga terdidik dengan keimanan, ketaqwaan, disiplin dan akhlak murni.

2. Terhindarnya dari gejala-gejala yang negatif seperti antisosial dan penyalahgunaan dadah, pemugut, pelacuran dan bermacam kegiatan jenayah yang tiada bermoral.

3. Memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak bagi menjamin masa depan mereka dan Negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

4. Memberikan kasih sayang kepada ahli-ahli keluarga bagi melahirkan anggota masyarakat yang penyayang dan harmoni.

5. Menanam nilai-nilai adat dan budaya di dalam diri anak-anak dan juga semangat cintakan bangsa dan negara.

8.0 CARA MENDORONG PERPADUAN DENGAN BERKOSEPKAN MIB

(#qà)¨?$#ur ©!$# Ï%©!$# tbqä9uä!$|¡s? ¾ÏmÎ/ tP%tnöF{$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3øn=tæ $Y6ŠÏ%u ÇÊÈ

“…dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-nisa, ayat 1)

Perpaduan merupakan suatu perkara yang amat penting dalam mengekalkan keharmonian dan kedamaian di dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita seharusnya menyayangi negara kita dan merasa bangga menjadi seorang rakyat Brunei yang berdaulat, tidak kiralah sama ada ianya berlainan jenis puak apapun. Kita juga perlu mengenali serta menghormati raja yang memimpin negara kita kerana dialah yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha baginda untuk memajukan negara pun haruslah senantiasa disokong dan didokong kerana kesemua itu adalah demi kebahagian rakyat jelata jua.

8.1 Menyemarakkan Kebanggaan Negara

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikenali dan dihormarti oleh setiap warganegara Brunei. Bendera negara kita haruslah dikibarkan dengan penuh bersemangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa bendera panji-panji negara sedang berkibar di tiang bendera di pelusuk bangunan-bangunan kerajaan mahupun di sektor swasta. Apatah lagi ianya dikibarkan di setiap rumah dan ada juga yang mengambil inisiatif memasang bendera Negara itu di kenderaan kereta masing-masing menandakan kebanggaan dan kesetiaan mereka pada Raja dan Negara. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan iaitu ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Ianya bukan sekadar lagu kebangsaan sahaja bahkan merupakan satu lirik yang berunsurkan doa memohon keberkatan, keamanan dan kemakmuran kepada Allah s.w.t. :

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

Ya Allah

Lanjutkanlah usia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Adil berdaulat menaungi nusa

Memimpin rakyat kekal bahagia

Hidup sentosa

Negara dan Sultan

Ilahi selamatkan

Brunei Darussalam

Ciptaan - Hj Awang Besar bin Awang Sagap

Senikata - Yura Halim

Susunan Muzik Mejar - (B) Awang Haji Manaf bin Haji Kamis

Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemakmuran negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana dari semenjak pemerintahan dulu hingga sekarang semua pemerintahannya adalah di bawah kepimpinan Sultan-sultan Brunei yang bijaksana.

8.2 Masyarakat Setia dan Penyayang

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Brunei merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, dan sangat-sangat terkenal diseluruh dunia dengan pemerintahan beraja yang bersistemkan keislaman yang aktif. Oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Brunei

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä (#qãèÏÛr& ©!$# (#qãèÏÛr&ur tAqߧ9$# Í<'ré&ur ͐öDF{$# óOä3ZÏB ( bÎ*sù ÷Läêôãt»uZs? Îû &äóÓx« çnrŠãsù n<Î) «!$# ÉAqߧ9$#ur bÎ) ÷LäêYä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# 4 y7Ï9ºsŒ ׎öyz ß`|¡ômr&ur ¸xƒÍrù's? ÇÎÒÈ .

“ Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-nisa, ayat 59)

8.3 Melaksanakan Perintah Allah Dalam Penyatuan Ummah

Semangat kekitaan dan semangat mengambil berat juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

(#qßJÅÁtGôã$#ur È@ö7pt¿2 «!$# $YèÏJy_ Ÿwur (#qè%§xÿs? ….

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai... (Surah Al- Imran. Ayat 103)

Allah S.W.T. sering memperingati kita di dalam Al-Quran supaya umat-umat Islam di seluruh dunia ini dapat bersatu padu dan menjauhi dari perpecahannya ummah dan pebelahan sesama mereka itu sendiri. Tidak kira dalam apa jua bangsa sekalipun, sama ada ianya tergolong diantara kedudukan golongan bangsawan ataupun golongan bawahan. Perkara ini sangat-sangatlah ditekankan oleh agama Islam.

8.4 Memiliki Disipilin Kemelayuan

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat itu sendiri.

8.5 Meningkatkan Prestasi Dalaman Rakyat

Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi Negara, melahirkan generasi-generasi yang berintikan keislaman yang mantap dengan menjauhi perkara-perkara yang ditegah oleh syariat agama Islam, merealisasikan kehendak Negara yang cermelang, dan meningkatkan taraf hidup mereka sebanding dengan kemajuan di Negara-negara lain. Mereka juga harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

8.6 Sambutan Hari Kebangsaan

Setiap tahun tanggal 23 Febuari, semenjak tahun 1984, Negara kita akan menyambut hari kebangsaan menandakan pemasyhuran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam mengambil alih semula tangungjawab antarabangsa dengan secara penuh sebagai sebuah Negara yang berdaulat lagi merdeka di kalangan masyarakat antarabangsa yang merdeka secara rasminya. Setiap sambutan yang diraikan akan memperjuangkan tema-tema menandakan keiltizaman rakyat pada Negara. Dan pada tahun ini tahun 2009, merupakan tahun jubli perak bagi sambutan hari kebangsaan yang ke -25 tahun.

Tema-tema Hari Kebangsaan Semenjak merdeka sehinggalah tahun 2009 ialah:

a) 1984 - Merdeka lagi berdaulat.

b) 1985 - Bersatu Padu Menghayati Konsep Negara Melayu Islam Beraja.

c) 1986 - Membangun Negara Tanggungjawab Bersama

d) 1987 - Bersatu Kearah Keamanan Dan Kemajuan.

e) 1988 - Berdisiplin, Cergas, Berbudaya, Negara Bahagia.

f) 1989 - Berdikari Meningkatkan Kemakmuran Negara.

g) 1990 - Perhubungan Berkesan Mengeratkan Perpaduan.

h) 1991 - Bersatu Padu Mengekalkan Ketahanan Nasional.

i) 1992 - Menanai Kedaulatan Tanahairku.

j) 1993 - Meneguhkan Kesejahteraan Tanahairku.

k) 1994 - Bangsa Cemerlang Tanahair Gemilang.

l) 1995 - Brunei Darussalam Tanahairku.

m) 1996 - Pembangunan Masyarakat Matlamat Negara.

n) 1997 - Kemajuan Ekonomi Teras Kesejahteraan.

o) 1998 - Membina Insan Yang Sempurna Dengan Pendidikan Bersepadu.

p) 1999 - Siap Siaga Ke Alaf Baru.

q) 2000 - Mengukuhkan Jati Diri Bangsa Di Alaf Baru.

r) 2001 - Maju Bangsaku Sejahtera Negaraku.

s) 2002 - Memperkasa Keupayaan Bangsa.

t) 2003 - Bangsa Berilmu Negara Maju.

u) 2004 - Patriotisme Teras Keteguhan Negara.

v) 2005 - Bersepadu Memperkasa Mandiri Bangsa.

w) 2006 - Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa.

x) 2007 - Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa.

y) 2008 - Tunas Bangsa.

z) 2009 - Kedewasaan Bernegara.

Jika dilihat dan di teliti kesemua tema-tema yang telah di perkenalkan, hampir keseluruhannya memiliki objektif dan motif yang mendorong kepada bersatu padu terutamanya bagi puak-puak jati Brunei khasnya dan warganegara brunei yang lain amnya dalam mendorong perpaduan bangsa, disamping membangkitkan semangat jiwa Negara yang kental dalam meniti arus-arus kemerdekaan dengan berbekalkan ajaran-ajaran Islam.

9.0 KESIMPULAN

Dengan berfalsafahkan konsep Melayu Islam Beraja ini, Negara kita telah Berjaya membuktikannya kepada dunia dengan keutuhan sistem politik beraja. Malah rakyat Brunei, walau dalam apa jua jenis puak sekalipun termasuklah puak iban, kaum cina dan keseluruhan warganegara Brunei mampu mengekalkan identiti kebruneian selaras dengan perkembangan dunia moden dalam era globalisasi masa kini. Kita juga sepatutnya merasa bangga kerana telah Berjaya mempertahankan dan mengekalkan institusi kesultanan, adat resam negara, budaya-budaya kebruneian yang telah diwarisi lebih dari 600 tahun yang lalu.

Kita juga sepatutnya sedar dan yakin bahawa segala warisan tradisi puak-puak Brunei yang telah diamalkan sejak berates tahun yang lalu patut kita pertahankan walau apa sekali pun tohmahan dan kritikan masyarakat luar terhadap perlaksanaan dasar-dasar pemerintahan di negara ini. kita juga patut berbangga kerana dari aspek sosiobudaya dan politik, Brunei adalah pewaris bangsa Melayu Nusantara yang masih mengamalkan pemerintahan Kesultanan Melayu Islam.

×ot$ù#t/ ×pt6ÍhsÛ ;>uur ….Öqàÿxî

“Negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan Yang Maha Pengampun” (Surah soba , ayat 15)

BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran dan Tafsir Al-Quran (Quran in word ver 1.2.0.), created Muhammad Taufiq

2. Jabatan perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan NBD 2004, Melayu Islam Beraja Menengah 2, Hak Cipta Perkembangan Kurikulum 1994

3. Jabatan perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan NBD 2002, Melayu Islam Beraja Menengah 4, Hak Cipta Perkembangan Kurikulum 2000

4. Buku Magazine sempena Jubli Perak hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009, Kedewasaan Bernegara, Dicetak oleh Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

5. Awang Haji Hazair Bin haji Abdullah cetakan 2009, Peranan Dan Tanggungjawab Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Begara Brunei Darussalam, Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri.

6. YMPSKDPSS Ustaz Awg Hj Yahya bin Hj Ibrahim 1994, Falsafah MIB sebagai landasan pegangan hidup bangsa melayu, Kertas Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Brunei Nusantara.

7. Matussin Haji Tahir 1986, Puak Dusun danAadatnya, Rujukan Dewan Bahsa dan Pustaka RB 115

8. Hj Junaidi OKSN Hj Md Safar 2000, Majlis perundingan Mukim dan kampong, Pelita Brunei Bil 13.

9. Haji Abd Rahim Bin Hj Abd Rahman 2005, Puak Tutong, Cetakan Pusat Sejarah Brunei



[1] Titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan puja usia Baginda ke-44 tahun di daerah Belait pada 21 Julai 1990.

[2] http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

[3] Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 150

[4] Hj Abd Karim bin Hj Abd Rahman, Puak Tutong- sejarah dan perkembangan awal social budaya, hlm 1-3

0 comments:

Older Post Home